2016 ~ Jangan Pandang Belakang


Pejam celik aje, kurang 20 minit sahaja lagi nak masuk tahun 2017.

Aku jenis tak ske “berazam” tahun baru. It’s just not my thing. Tapi bile dikenangkan semula, rasa macam overdose pon ye pencapaian aku tahun ni.

  1. Dapat kerja baru
  2. Jadi Unit Trust Consultant & PRS Consultant
  3. Mula blog sendiri (25,644 pelawat blog)
  4. Lulus modul akhir kursus Certified Financial Planner
  5. Setelah lebih 9 bulan mencari akhirnya aku dapat beli LEGO Slave-I
  6. Dapat lesen Financial Planning Suruhanjaya Sekuriti
  7. Dapat register syarikat sendiri
  8. paling best, dapat bantu beberapa rakan untuk merancang persaraan mereka; How awesome is that?!

OK le tu, untuk someone macam aku yang tak pernah berazam tahun baru.

Ade jugak beberapa perkara yang aku kecewa, no doubt. Antaranya, KLCI mengakhiri tahun 2016 lebih rendah dari tahun 2015

Lagi mau bising tanya, "Kenapa ASB bagi dividen rendah?"
Lagi mau bising tanya, “Kenapa ASB bagi dividen rendah?”

Pelaburan sendiri dalam Unit Trust untuk tabungan hari tua, harga pon searah dengan paras KLCI. Ade satu Unit Trust je yang untung tahun ni…

Belum pun 3 tahun melabur.... #LongTerm
Belum pun 3 tahun melabur…. #LongTerm

Tapi, dalam keadaan KLCI macam ni, ade jugak peluang-peluang pelaburan lain di pasaran saham, yang memberikan keuntungan luar-biasa walaupun overall portfolio ada paper loss -2.23%

Hasil buat research..
Hasil buat research..

Kalau tahun 2017 pasaran KLCI terus menurun, aku yakin ade peluang-peluang-pelaburan yang masih tersembunyi. Antara unit trust yang aku tengah tengok-tengok untuk tahun 2017 ialah AmCommodities Equity fund. Harga minyak dah trending naik, AmCommodities Equity nampaknya sehaluan dengan harga minyak antarabangsa.

Harga minyak naik USD10 sejak November 2016. Berapa sen agaknya harga minyak akan malam ni ye? #HargaMinyak #HargaMinyakNaik #HargaMinyakTurun

A photo posted by MK Anwar Rangkuti, AFPM (@therealtuanpenasihat) on

Semoga 2017, membuka peluang pelaburan yang lebih banyak untuk kite semua. Yang penting, mesti bersedia dan berani mengambil tindakan.

Selamat maju jaya!
Selamat Tahun Baru 2017!

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Riba Free Muslim
Riba Free Muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *