Annualized Return


Bile jumpa consultant, macam-macam jenis return kite dengar:

  • Annualized Return
  • Total Return
  • Cumulative Return
  • Compounded Return
  • Average Return
  • Return of the Jedi…eh?

So, mana satu cara sebenar nak sukat pulangan/prestasi pelaburan?Kalau cerita semua sekali, confirm esok terus lupa, kan? Jadihari ni, kite cerita pasal Annualized Return sahaja.

Annualized Return ni, ia memberi gambaran seolah-olah, dana tu memberi pulangan yang sama setiap tahun. Untuk membuktikan Annualized Return ni, aku suka ambil pendekatan menggunakan data dividend KWSP dari tahun 2000 – 2015.

Infografik Dividend KWSP oleh Astro Awani
Infografik Dividend KWSP oleh Astro Awani

Dari infografik diatas, kite boleh nampak setiap tahun, KWSP memberi dividen yang berbeza; itu tak dinafikan. Dengan mengira Annualized Return, kite boleh menunjukkan seolah-olah  KWSP memberikan dividend yang sama sepanjang tempoh 16 tahun diatas.

Bagi memudahkan pemahaman ilustrasi fasal Annualized Return ni, anggap pelaburan permulaan RM10,000 dan tiada pelaburan tambahan secara berkala. Kite berikan nama dana pelaburan ini, Dana Simulasi HujanEmas.com dan kite gunakan data dividen dari KWSP sebagai contoh:

Tahun 2000: RM10,000 + 6% = RM10,600
Tahun 2001: RM10,600 + 5% =  RM11,130
Tahun 2002: RM11,130 + 4.25% = RM11,603.025
Tahun 2003: RM11,603.025 + 4.5% = RM12,125.161
Tahun 2004: RM12,125.161 + 4.75% = RM12,701.106

Tahun 2005: RM12,701.106 + 5% = RM13,336.161
Tahun 2006: RM13,336.161 + 5.15% = RM14,022.973
Tahun 2007: RM14,022.973 + 5.8% = RM14,836.306
Tahun 2008: RM14,836.306 + 4.5% = RM15,503.940
Tahun 2009: RM15,503.940 + 5.65% = RM16,379.912

Tahun 2010: RM16,379.912 + 5.8% = RM17,329.947
Tahun 2011: RM17,329.947 + 6% = RM18,369.744
Tahun 2012: RM18,369.744 + 6.15% = RM19,499.483
Tahun 2013: RM19,499.483 + 6.35% = RM20,737.701
Tahun 2014: RM20,737.701 + 6.75% = RM22,137.495

Tahun 2015: RM22,137.495 + 6.40% = RM23,554.295

Jadi tang mana dari kiraan dividen di atas, datangnya Annualized Return ni? Secara rasminya, ini cara pengiraan Annualized Return:

===//
= (1 + 0.06) × (1 + 0.05) × (1 + 0.0425) × (1 + 0.045) × (1 + 0.0475) × (1 + 0.05) × (1 + 0.0515) × (1 + 0.058) × (1 + 0.045) × (1 + 0.0565) × (1 + 0.058) × (1 + 0.06) × (1 + 0.0615) × (1 + 0.0635) × (1 + 0.0675) × (1 + 0.064)
= 2.355429570975450377

2.355429570975450377 ^ (1 ÷ 16) = 1.0550046715531842708

1.0550046715531842708 – 1 = 0.0550046715531842708

0.0550046715531842708 x 100 = 5.50046715531842708%
===\\
kalau tak faham kira-kira di atas, tak mengapa, tak masuk exam pon.

Jadi, return Dana Simulasi HujanEmas.com yang pelbagai sepanjang 16 tahun tadi, boleh lah kite wakilkan dengan nilai Annualized Return=5.500467%

Bukti?

Senang je, untuk mejimatkan masa, gunakan financial calculator dan masukkan nilai-nilai berikut:

PV = -10,000      <<=== nilai pelaburan awal
I   = 5.500467%  <<=== Annualized Return
N = 16                  <<=== tempoh 16 tahun
PMT = 0               <<=== tiada tambahan pelaburan/simpanan berkala
Tentukan nilai  FV = [klik FV]

Time Value of Money Calculator by Mark A. Lane, PhD
Time Value of Money Calculator by Mark A. Lane, PhD

FV = 23,554.30 <<=== sama tak dengan kiraan kite mula-mula tadi?

Jadi pengajaran disini, bile kite bandingkan dua, tiga dan beberapa dana dalam kategori yang sama, lebih tinggi nilai Annualized Return bagi sesuatu dana itu, adalah lebih bagus.

Sekarang, cuba call Unit Trust Consultant masing-masing, tanya dia, berapa Annualized Return dana yang korang invest bagi kategori tempoh 5 tahun . Bandingkan jawapan ejen dengan jawapan dari sumber bebas seperti Morningstar, Bloomberg & Lipper. Barulah buku bertemu ruas.

 

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Riba Free Muslim
Riba Free Muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *