Bro,
Aku dah siap kire education fund untuk semua 6 orang anak-anak ko.
Kalau ikut tuition fee masa aku belajar kat UTM dulu (Diploma in Computer Science), kalau hari ni ko ade RM35,000 dan hari ni seorang dari anak ko masuk Universiti (IPTA), insyaAllah, patut dah bleh cover yuran pengajian, kolej kediaman, dan makanan asas (nasi+kicap+telur+air kosong also known as Nasi Bujang) selama tempoh 4 tahun [kejam tak aku?].
Ilustrasi kejam ni blom mengambil kira:
- alat tulis
- buku
- motor,
- petrol,
- telefon,
- prepaid,
- laptop,
- belanje awek(s),
- tengok wayang,
- merayau bagai,
- rokok,
- shisha,
- mobile internet
- dan sebagainya…
Dengan tabungan RM35,000 ni, anak ko boleh la buat belanja RM813.98 setiap bulan selama 4 tahun sampai tabung menjadi RM0.00. Pandai-pandailah dia budget ;-p
Itu cerita kalau hari ni anak ko masuk universiti.
Sekarang kite balik kepada realiti. Realitinya, ko ade 6 orang anak. Setiap seorang berumur:
- 12 tahun ~ lagi 6 tahun nak masuk Universiti
- 9 tahun ~ lagi 9 tahun nak masuk Universiti
- 7 tahun ~ lagi 11 tahun nak masuk Universiti
- 3 tahun ~ lagi 15 tahun nak masuk Universiti
- 1 tahun ~ lagi 17 tahun nak masuk Universiti
- 1 bulan ~ lagi 18 tahun nak masuk Universiti
“Jenuh nak kira ni. Macam mana teknik TuanPenasihat memulakan kira-kira ni?”
Langkah Pertama: Tentukan kadar inflasi yang boleh diterima pakai. Data dari Trading Economics menunjukkan purata inflasi di Malaysia sejak 1973 adalah pada kadar 3.64%.
Langkah Kedua: Tentukan nilai tabung pendidikan RM35,000 di masa hadapan apabila (setiap) anak mencecah usia 18 tahun. Gunakan nilai inflasi Langkah Pertama. Mesti ada 6 nilai berbeza.
Langkah Ketiga: Tentukan anggaran pulangan simpanan munasabah yang boleh diterima pakai untuk mula membina tabung pendidikan anak-anak. Katakanlah pulangan 6.5% setiap tahun dianggap sebagai anggaran pulangan simpanan konservatif yang munasabah.
Langkah Keempat: Tentukan berapa simpanan bulanan/tahunan yang diperlukan untuk membina tabung pendidikan berdasarkan nilai tabung pendidikan masa hadapan yang telah ditentukan di Langkah Kedua. Gunakan pulangan pelaburan munasabah di Langkah Ketiga dalam kira-kira ni.
Beginilah hasil kira-kira Tabung Pendidikan anak-anak ko 6 orang tadi:
“Mmak aih! takde ke cara mudah nak kira semua ni, bro?”
Of course la ade. Cuba guna kalkulator Perancangan Pendidikan yang disediakan TuanPenasihat menggunakan Microsoft Excel.
Kite merancang, Allah menentukan.
Aku doakan moga-moga semua anak-anak ko jadi lebih genius dari ko dan moga setiap sorang dari mereka mendapat biasiswa untuk biayai kos pendidikan masing-masing sepenuhnya – Ameen!!!
Nak harapkan bantuan zakat, takut kene reject pulak, kan?
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i Plus #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]