Wokeh, sambung citer peperiksaan Kertas-2 plak.
Mmmmmaak aih!! Cerita Case Study aje lima muka surat A4!! Tapi soalan dia, tak sampai tujuh baris pon.
So aku nak kongsikan kat sini cemane rupa Soalan Kertas-2,
Module 4: Financial Plan Construction and Professional Responsibilities.
Disclaimer:
- Soalan peperiksaan adalah dalam bahasa Inggeris
- Soalan ni aku kongsikan berdasarkan ingatan terbaik sahaja.
Ini disebabkan kertas soalan tak boleh dibawa keluar dari Dewan Peperiksaan. Dan aku cuba sedaya upaya untuk terjemah soalan ni kepada Bahasa Melayu sebaik mungkin 🙂
===// Begin Case Study
Philip Tan berusia 52 tahun, seorang lelaki yang suka bergaya. Fesyen pakaiannya sentiasa up to date. Sebab dia sentiasa nak nampak cool macam dalam cerite drama bersiri Suits. Walaupun usianya telah menjangkau lebih dari setengah abad, Philip berada dalam keadaan yang sihat. Beliau selalu masuk gym, kadang-kadang sampai 4 kali seminggu. Sememangnya kesihatan Philip membuat rakan-rakannya “cemburu“; ini kerana rakan-rakan Philip semuanya dah boroi.
Philip mempunyai Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Petroleum dari University of Melbourne. Philip berpengalaman bertugas dalam pelbagai jawatan di pelbagai peringkat kerjaya di beberapa buah Syarikat carigali minyak sebelum ini. Kini, Philip bekerja di sebuah syarikat carigali minyak antarabangsa yang sohor. Philip memang jawatan sebagai seorang Sales Director dan bercita-cita agar suatu hari nanti beliau dapat memegang jawatan CEO ataupun sekurang-kurangnya seorang Country Manager.
Isteri Philip bernama Sandra, usia Sandra lima tahun lebih muda dari Philip. Sandra fanatik dengan senaman Aerobics. Pada usia nak cecah setengah abad, Sandra masih nampak muda, slim dan bergaya. Sandra kenal Philip mase mereka sama-sama belajar kat University of Melbourne. Sandra seorang Senior Analyst bertugas di sebuah Investment Bank antarabangsa. Sandra berhasrat untuk berhenti kerja sebelum hujung tahun ini untuk meluangkan lebih masa dengan keluarga. Philip tidak menghalang dan berpendapat ia suatu idea yang bagus.
Philip dan Sandra mempunyai 3 orang anak:
- Andrew, anak sulung, berusia 17 Tahun
- Sarah, anak nombor dua, berusia 15 tahun
- Ellie, anak nombor tiga, berusia 13 tahun.
Tidak dinafikan Philip dan Sandra telah membina sebuah keluarga yang bahagia idaman semua. Mereka tinggal di sebuah rumah di TTDI. Rumah itu dibeli 8 tahun yang lalu pada harga RM1.1juta. Mereka mengambil pinjaman perumahan sebanyak 80% dari harga rumah pada kadar 4.5% selama 20 tahun.
Andrew, anak sulung mereka baru sahaja menamatkan peperiksaan O-Level. Tak lama lagi dia akan sambung belajar A-Level untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah di University of Melbourne seperti kedua ibu-bapanya. Andrew ingin melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Petroleum seperti ayahnya, Philip. Sarah dan Ellie pula sedang bersekolah di salah sebuah sekolah swasta antarabangsa di Kuala Lumpur. Andrew dan Sandra mempunyai 2 orang pembantu rumah yang berasal dari Filipina. Satu daripada mereka ditugaskan khas untuk membantu anak-anak dalam kerja sekolah harian mereka.
Philip dan Sandra mementingkan dan mengutamakan pendidikan untuk anak-anak dan berhasrat untuk memberikan peluang pendidikan terbaik di luar negara untuk mereka semua. Pada anggaran Philip mereka berdua perlu menyediakan sekitar RM60,000-RM70,000 bagi menampung pengajian luar negara anak-anaknya setahun. Anggaran kadar inflasi kos pendidikan ialah 3.9% setahun.
Kedua ibu bapa Sandra mempunyai status kewangan yang kukuh. Ini kerana bapa Sandra mempunyai beberapa cawangan kedai runcit yang berjaya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Kedua ibu-bapa Philip pula telah meninggal dunia ketika Philip dalam usia 30-an.
ANDA, merupakan seorang Perancang Kewangan Berlesen, telah diperkenalkan kepada pasangan Philip dan Sandra di sebuah majlis perkahwinan anak perempuan rakan sekolah anda. Sebagai seorang professional, anda memberikan business card anda dan memperkenalkan perkhidmatan yang anda sediakan secara ringkas.
Anda telah berjumpa dengan Philip sekali dua sejak dari majlis perkahwinan itu, tapi, tiada apa-apa yang diputuskan secara muktamad dari beberapa cadangan perancangan kewangan yang anda telah utarakan.
Pada suatu hari, Philip menghubungi anda. Suaranya kedengaran sangat resah di telefon. Anda bersetuju untuk berjumpa dengannya pada petang itu jugak. Pukul 3:30 petang itu, anda meninggalkan pejabat anda di Jalan P. Ramlee menuju ke rumah Philip di TTDI.
Setibanya di rumah Philip, anda telah perhatikan beberapa perkara yang nyata:
- Rumah itu mempunyai lebihan tanah kosong, cukup untuk bina sebuah Guest House. Anda boleh anggarkan rumah itu kini bernilai RM2.1 juta
- Terdapat sebuah kereta Audi A6 dan sebuah BMW X5
Philip menjemput anda memasuki kediamannya. Anda kagum dengan hiasan dalaman usaha dari Sandra selama ini. Philip mempelawa secawan teh kepada anda dan kalian berbincang di ruang tamu. Philip terus meluahkan perasaan gusarnya, “Bro, aku tak sangka bro, aku tak sangka!! Mende yang aku khuatir akhirnya menjadi nyata”.
Phlip memaklumkan yang Syarikat tempat dia bekerja terkesan dengan penurunan harga minyak sedunia. Beliau telah menerima berita dari pihak atasan yang berpangkalan di Eropah, bahawa dia antara yang terpilih untuk diberhentikan kerja. Philip memberitahu lagi bahawa dia akan menerima 3 bulan gaji dari pemberhentian kerja ini. Philip dah mula bertanya-tanya dari kalangan kenalan profesional beliau di syarikat lain, kalau-kalau ade kerja kosong. Tapi, nampak gayanya hampir semua syarikat carigali minyak sudah membekukan perlantikan pekerja baru.
Situasi ini amat membimbangkan Philip. Beliau mohon agar anda membantunya merancang kewangan beliau untuk menempuhi bakal kegawatan ini.
Philip telah kongsikan maklumat-maklumat berikut dalam temuramah lanjut:
- Kereta Audi adalah milik Syarikat. beliau menerima elaun RM3000 sebulan daripada syarikat untuk maintenance kereta Audi itu.
- BMW X5 baru sahaja dibeli 4 tahun yang lalu. Harga belian RM385,000. Philip mengambil pinjaman kereta 80% dari nilai belian pada kadar 5.2% selama 9 tahun. Nilai semasa kereta BMW X5 adalah dianggarkan pada RM230,000
- Sandra membeli kereta Toyota Camry dua tahun lalu pada harga RM185,000. beliau mengambil pinjaman sebanyak 80% dari harga jualan, pada kadar 4.8% selama 7 tahun. Toyota Camry itu kini dianggarkan bernilai RM135,000.
- Gaji Philip RM40,000 sebulan
Manakala gaji Sandra RM12,500 sebulan - Dalam perancangan pendidikan untuk anak-anak mereka keluar negara, mereka telah membeli sebuah apartment di Central Business District, Melbourne, Australia pada harga AUD315,000. Philip mengambil pinjaman perumahan sebanyak 80% dari Australia National Bank pada kadar 4.5% selama 20 tahun. Sejak dari apartment tu dibeli dua tahun lalu, harga rumah agak stabil; naik pon tidak, turun pon tidak. Buat masa ini, rumah itu disewakan pada kadar semasa AUD425.00 seminggu.
- Sandra belum mempunyai wasiat; tapi sebelum Sandra kawin dengan Philip, beliau pernah menulis satu wasiat. Sejak daripada tu, wasiat Sandra tak pernah update. Philip pula memang tak pernah tulis Wasiat.
- Philip dan Sandra tak pernah ambil endah mengenai kepentingan insuran. Selama ini, mereka bergantung-harap kepada insuran perubatan yang disediakan oleh majikan mereka semata-mata.
- Philip mengakui beliau kurang arif bab-bab pelaburan. Philip telah kongsikan maklumat simpanan dirinya dan Sandra seperti berikut:
– Unit Trust : Nilai kini RM155,000. Masa dia mula-mula melabur dulu, nilainya RM180,000. Unit trust ni atas nama Philip
– Saham : Philip mempunyai pegangan saham dari syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Pegangan saham ini semuanya atas nama Philip seorang. Nilai semasa pegangan saham Philip masa ini ialah RM365,000.00
– Fixed Deposit : Philip dan Sandra mempunyai simpanan dalam Fixed Deposit untuk kecemasan sebanyak RM400,000.00. Sandra mempunyai simpanan fixed deposit berasingan atas nama beliau seorang sebanyak RM150,000.00
– Overdraft : Sandra ade kemudahan overdraft RM100,000 yang belum digunakan.
– Savings Account : Simpanan dalam savings account berjumlah RM8,500.00
– Current Account : Wang tunai di dalam akaun semasa pula sebanyak RM14,500.00 - Philip dan Sandra tidak pernah mengeluarkan wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Hari ini, jumlah simpanan Philip di KWSP bersamaan RM1,234,567.00; manakala simpanan KWSP Sandra pula RM765,432.10
- Philip dan Sandra tak ingat samada mereka telah membuat penamaan KWSP atau belum.
- Berikut pula adalah pecahan belanja wajib tiap-tiap bulan sejumlah RM23,500.00:
– maintenance rumah: RM1800
– belanja anak-anak (sekolah,sukan, duit poket, itu ini) RM7000
– barang dapur RM3700
– Orang gaji RM3500
– lagi RM7500 aku tak ingat ape dia belanja.
Philip dan Sandra sangat mementingkan kebersamaan bersama keluarga. Seboleh-bolehnya Philip berhasrat agar dalam perancangan kewangan ini, tidak memberi kesan kepada percutian tahunan mereka sekeluarga ke luar negara. Selalunya, percutian ke luar negara sekeluarga ini memakan kos sebanyak RM25,000. Anggaran inflasi kos percutian ini pada 3.5% setahun
Berikut adalah anggaran munasabah:
– Inflasi @ 4%
– Kadar tukaran matawang AUD1=MYR3
===\\ End Case Study
Soalan:
- Write an Engagement Letter to Philip and Sandra (10 marks)
- Construct a Financial Plan for both Philip and Sandra. Philip would also like for you to advise them on the choice of Insurance cover there is in the market and how it can be implemented to his current financial status/plan. (90 marks)
pssst: JANGAN TIRU!
===//
Amacam, agak-agak boleh lulus?
M.K. Anwar Rangkuti, CFPCERT TM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #C006094
|| Luno Referral Code #SJS8S2
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]
4 Replies to “Final Exam CFP ~ Module 4: Paper 2”