Aku jarang baca Utusan Online, pagi ni ternampak sahabat aku kongsi artikel berikut di Fesbuk beliau
Aku memang cepat tertarik dengan berita-berita tentang hartanah seperti yang dikongsikan DAN aku setuju sangat-sangat dengan statement Tuan Rosyaidi, “solusi tinggal solusi”.
Petikan dari perenggan akhir,
“Sehubungan itu langkah memperkenalkan satu undang-undang yang mampu mengekang kenaikan rumah secara melampau adalah antara pilihan yang terbaik”
Aku bersetuju sebab ~ kalau harga ayam boleh kawal, takkan harga rumah tak boleh kawal?
Pada masa yang sama, aku juga tidak bersetuju sebab ~ ianya mencarik mantra Willing Buyer – Willing Seller.
Cadangan aku?
Kepada pihak kerajaan, kuat-kuasakan Rent Control seperti yang sudah dilaksanakan d Jerman.
Memandangkan ahli-ahli politikus ni, kite cuma mampu pangkah di pusat-pusat undi sahaja, apa yang berlaku selepas dia menang undi kebarangkalian besar adalah diluar kawalan kite, maka…. [sila isi tempat kosong]
Kepada rakyat yang belum mampu membeli hartanah (mampu tengok), banyak lagi cara nak melabur dalam milikan aset bersandarkan hartanah….
Pernah dengar REITs?
Jangan ingat kat Alaska je yang ade REITs ni, kite kat Malaysia pon ade, dan berikut adalah yang berstatus REITs Patuh Syariah:
- AXIS REIT
- Al-‘Aqar Healthcare REIT
- Al-Salam Real Estate Investment Trust
- KLCCP Stapled Group
- Amanah Hartanah Bumiputera [sejarah dividen]
- KAF Australia IslamicProperty Fund
Apa lagi alasan rakyat yang kategori mampu-tengok hartanah?
Apa tindakan korang lepas ni?
Pilih, bang! Pilih, kak! Pilih! Jangan tak pilih!
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]
One Reply to “Harga Rumah, Bertindaklah Segera”