Soalan simple je kan? Kenapa pilih pelaburan Amanah Saham (Unit Trust)? Kenapa tak melabur je terus ke pasaran saham?
Ape kate aku bagi korang pilihan beberapa jawapan pendek yang sangat obvious, ok? So pilihan jawapan untuk soalan “Kenapa pilih pelaburan Amanah Saham (Unit Trust)?”:
- Sebab sehingga hari ni, korang masih belum buka brokerage account
- Sebab kebanyakan soalan pertama yang aku selalu terima, “Berapa bleh untung?”
- Sebab korang takut rugi besar + rugi sekelip mata
- Sebab Amanah Saham padan dengan Risk Profile korang
- Sebab korang pemalas
Apekah pilihan jawapan korang?
Of course semua orang tak nak mengaku jawapan no#5, duh!
Jawapan no#3 & no#4, merupakan pilihan jawapan yang paling safe.
Pilihan jawapan no#1 & no#2, well, kalau korang tak mengaku pon takpe, tapi, sape makan cili, pandai-pandai la cari gula. But, here’s a point to ponder upon, kenapa soalan pertama tak pernah berbunyi “Berapa bleh rugi?”.
Kat sini aku nak kongsikan kisah aku membeli satu saham. Pada 4 Februari 2016, aku beli saham syarikat bernama Kimlun Corporation pada harga RM1.54 sesaham. Aku tak beli banyak pon, aku beli 300 saham je. So 300 x RM1.54 = RM462.
Hari ni (setakat 12 May 2016) harga sesaham bersamaan = RM1.83. Berapa untung (on-paper)? 18.8%
Amacam? OK tak 18.8%? Harga yang disasarkan RM2.05. Banyak lagi potensi untung ni. Tak lama lepas aku beli saham ni, bulan depannya, masuk berita (Mac 2016):
Kalau tak rajin tengok Bloomberg setiap hari pukul 1 tengah hari dan pukul 6 petang, kalau tak rajin nak mencari dan baca research report syarikat (bagi memahami justifikasi bisnes), mungkin belum masanya lagi untuk korang melabur directly ke pasaran saham. Ape yang nak dimalukan?
Ramai Fund Manager di luar sana yang sudi membantu, kite cuma perlu pilih je Unit Trust mana yang sesuai dengan risk profile masing-masing. Jadi, untuk pelabur-pelabur yang perlukan bantuan professional, jawapannya ialah Unit Trust. It’s as simple as that.
Nak melabur dalam unit trust yang melabur direct ke pasaran saham Malaysia? Boleh pilih salah satu daripada lebih 40 dana ekuiti yang sedia ada, tapi buat masa ni aku sebut yang berikut dulu:
- Eastspring Investments Dana al-Ilham
- Kenanga Syariah Growth Fund
- PMB Shariah Aggressive Fund
- Affin Hwang AIIMAN Growth Fund
Nak melabur dalam unit trust yang ada pegangan saham-saham syarikat pengeluar minyak utama di dunia? Boleh melabur dalam amanah saham AmCommodities Equity.
Nak melabur dalam unit trust yang ada pegangan dalam saham-saham syarikat perlombongan emas, perak & platinum? Boleh melabur dalam amanah saham AmPrecious Metals.
Nak melabur dalam unit trust yang ada pegangan dalam hartanah? Aku boleh cadangkan
- Amanah Hartanah Bumiputera a.k.a AHB
- KAF Australia Islamic Property Fund
Aku tak boleh pasarkan AHB, tapi, aku boleh kongsikan pengalaman peribadi aku dan kasihnya aku kepada AHB sehingga hari ini 🙂
Amacam? Tak terpilih? Dah kelabu mata? Nak melabur dalam semua kategori unit amanah? Kite boleh bantu bina potfolio pelaburan unit trust berdasarkan risk profile dan jangka-masa pelaburan yang bersesuaian.
Nak aku cerita lagi detail? Jom belanja aku KFC.
Kedekut tamau belanja aku KFC? bleh kontek kengkawan aku yang share article ni 😉
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

assalam tuan, kalau report yg tuan display dari Kenanga tu kena jd member dulu baru boleh tgk ke ?
Wa ‘alaikum Salam, actually, kalau kite buka brokerage account dengan Kenanga Investment Bank, kite automatically dapat access ke semua Research Report dari Kenanga.